Biasanya, nak mula berniaga kita kena ambil tahu banyak aspek. Bukan suka-suka nak mulakan tetapi akhirnya sendiri rugi. Ramai antara kita yang rugi dalam berniaga. Bukan kerana tidak tahu berniaga tetapi kerana cara yang salah.
Berniaga merupakan satu peluang besar dalam menjana ekonomi sendiri. Makan gaji dan berniaga dua aspek yang berbeza. Ramai yang tidak tahu berniaga tetapi ingin mencuba-cuba untuk berniaga.
pada saya, perniagaan ada bermacam-macam jenis. Macam-macam benda yang boleh kita niagakan. As long as halal!
Pada saya, untuk melakukan sesuatu perniagaan, perkara utama yang boleh kita fikirkan ialah minat. minat, maksud saya ialah jika kita suka buat masak, kita boleh berniaga makanan. Ataupun jika kita minat menjahit, Kita boleh berniaga pakaian. Masa kini juga kita dapat lihat ramai yang suka jual tudung. Sekarang banyak tudung murah-murah! tetapi murah bila kita membeli harga borong. Maka sesiapa yang ingin berniaga memang sesuai membeli tudung harga borong yang ditawarkan. kepada yang tidak suka berniaga pula, kalau nak dapatkan tudung pada harga murah juga boleh, iaitu dengan cara 'rukut-rukut dengan kawan untuk sama-sama beli tudung yang diinginkan. mungkin boleh kumpul 10 orang rakan untuk membeli tudung harga borong minimum 10 helai. Cuma masalahnya, kebanyakan tudung murah untuk harga borong ni warna dan design adalah Random. costumer tak boleh pilih.. Kilang yang tolong pilihkan.... hehehe itu ja masalahnya.
Kalau nak fikir-fikirkan masalah membeli tudung secara borong ni sebenarnya banyak juga, oleh itu yang paling bagus adalah Jahit sendiri. Beli kain, potong dan Jahit sendiri. Tetapi sebenarnya, untuk beli kain yang berkualiti kos adalah mahal berbanding kita beli borong kain yang dah siap. Sebagai contoh nak beli kain moss crepe, harga dalam rm15 semeter dekat Jakel.. kalau ada murah pun dekat kedai kain lain mungkin beza hanya dalaam 2 - 3 ringgit ja. Lepas tu kos jahit tepi lagi. Nak jahit tepi harga dalam rm5 sehelai.. hem kos sehelai tudung kita buat sendiri dah rm20. Berbeza sangat bila kita beli borong hanya Rm13 sehelai (Harga borong) jimat kos, dan juga jimat tenaga, dan jimat masa... kita just tinggal promosi ja.... itu yang saya Nampak kalau nak berjinak-jinak dalam penjualan tudung ni.. selepas saya kaji sedikit sebanyak masalah-masalah seperti ini, akhirnya saya merasakan menjual tudung dengan membeli borong lebih baik..
Bukan bermaksud tidak baik untuk menjahit tudung sendiri! saya pun sebelum ini menjahit tudung sendiri. Tetapi saya tak mempunyai kepakaran tinggi untuk mendesign tudung. Melainkan kepada mereka yang mempunyai idea Jahit tudung sendiri seperti meletakkan batu-batu berharga pada tudung jualan mereka. Sebagai contoh tudung bawal 'Tracync' yang dijual oleh seorang rakan shamsiah shamsuddin di mana dia menghiaskan tudung hasil keluarannya dengan batu crystal Swarovski. Harga tudung yang dijual antara Rm 100 ke atas. memang cantik dan menarik juga memakai tudung jenis tersebut. kalau macam tu bisnes tudung memang tak perlu fikir lah nak beli borong tudung di pasaran.. yang terbaik adalah mengeluarkan hasil tudung rekaan sendiri.
sebenarnya, saya juga mempunyai cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri dengan produk sendiri tetapi mungkin Allah belum lagi nak turunkan untuk saya. InsyaAllah.. suatu hari nanti.
Kepada yang membaca hasil tulisan saya ni, jangan ada menyimpan apa-apa perasaan tak puas hati ya kerana segala tulisan ini hanyalah pandangan saya sahaja.
sebenarnya, saya juga mempunyai cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri dengan produk sendiri tetapi mungkin Allah belum lagi nak turunkan untuk saya. InsyaAllah.. suatu hari nanti.
Kepada yang membaca hasil tulisan saya ni, jangan ada menyimpan apa-apa perasaan tak puas hati ya kerana segala tulisan ini hanyalah pandangan saya sahaja.

















