Thursday, 31 March 2016

Anggun muslimah design

Pada masa kini telah keluar pelbagai cara dan gaya bertudung di kalangan wanita-wanita muslim. pelbagai cara dan gaya bertudung yang muncul pada masa kini telah dapat menarik lebih ramai wanita terutama dikalangan golongan untuk berpakaian menutup aurat.
tetapi untuk memenuhi tuntutan agama dalam menutup aurat, pelbagai aspek sebenarnya perlu diambil kira. 
kaum muslimin harus tahu bagaimana menutup aurat dengan cara lebih sempurna. 
Tudung yang banyak di pasaran sekarang memang memenuhi cita rasa dan tuntutan agama untuk menutup aurat. wanita muslim terutama remaja-remaja kini terus mengikut edaran dan 'up to date'


 
pakaian muslimah yang sangat simple tetapi cantik, dan nampak sangat elegant.

Anggun Muslimah Design bukan lah satu nama besar yang menjual jenis-jenis tudung berjenama... tetapi hanya nama kecil yang belum terkenal pun... tetapi ingin menjadikan satu impian kepada kenyataan. Anggun muslimah design akan menyediakan pakaian muslimah yang menepati ciri-ciri menutup aurat seseorang muslimah. 
saya menyediakan blog ini hanya sekadar ingin berkongsi segala yang termampu dan saya juga seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru. oleh itu, saya sangat berharap agar blog pertama saya ini mampu untuk menjadikan impian saya sebuah kenyataan. 
Dengan berbekalkan sebuah mesin jahit kecil yang comel dan 'Old'... saya harap saya mampu mencipta kejayaan... aisehhhhh.... 
mesin 'burukku'
Ini lah mesin jahit saya yang sangat comel dan 'OLd' oredy okey... dah lebih 10 tahun.. tapi lama saya tak menggunakan mesin ini sebaik mungkin. Tetapi kini, apabila saya merasakan akan kebaikan dan faedah menggunakan  si 'Comel' ni.... maka saya dengan sendirinya menubuhkan 'Anggun Muslimah Design'. Haahahaha.. walaupun tak anggun sangat tetapi saya mengharapkan apa yang saya lakukan ini mendapat redha Allah S.W.T
setiap tudung yang saya pakai adalah hasil tangan saya sendiri. saya beli kain sendiri dan  saya jahit sendiri. Tempat Favourite saya membeli kain adalah di..... 


Tarrraaaaaa...... apakah nama tempat ini?? ini lah gedung pakaian kesukaan anda.. heehheeee. Jakel beza memang berbeza. (harap-harap lepas ni bila saya beli kain lagi di jakel bos situ kasih potong harga pada saya. kan saya dah promot kedai dia..) Tak lah. sebenarnya saya rasa  memang selesa mencari kain di Jakel ni sebab semua kain yang kita nak ada di sini. memang dah tersedia. kualiti kainnya juga memang terbaik.. memang mahal lah tapi bila ada potongan harga akan murah lah dia.. tapi kain nya memang berbaloi kualiti dan harga.


 Tudung- tudung ni semua adalah hasil jahitan saya sediri.
Bukan sebab tak ada duit nak beli tudung (tp memang betul pun.. hihihii) tapi sebab memikirkan keadaan Si 'Comel' saya tu yang terus tak digunakan dan memikirkan bakat saya dalam menjahit ni... tak kan lah tak boleh jahit sendiri kan???
Alkisahnya... sangat senanggg, simple, mudah... cantik tertarik dan menarik.. hehehee. sebenarnya saya suka menjahit. banyak SIFU saya yyang ajar saya menjahit. 'Try and error' juga pengalaman sebenar yang berkesan tau.
beli tudung di pasaran memang seronok. mereka menghasilkan tudung yang sangat menarik. sejuk mata memandang tetapi... kenalah keluarkan duit lebih tau.

Tetapi, kekadang tu, tak semua tudung yang kita beli akan menepati cita rasa kita. Ya betul saya tak nafikan. sebab tu kalau saya  jual tudung saya akan bagi 'Money back Guarantee'.. pada yang nak beli tudung hasil keluaran saya.




kekadang banyak juga tudung-tudung yang ada dipasaran adalah  jarang. Nampak leher okeyyy kalau tak pakai inner. sebab tu saya tak jadi lah nak beli tudung secara online untuk dijual kepada orang ramai... sebab kalau jarang kain tu kan rugi sendiri, Tak kan lah nak tipu orang pula nak cakap kain tu tak jarang, padahal.... hermmmmm.

sebab tu saya ambil inisiatif untuk mencari kain dan menjahit sendiri. Insyaalah... Rezeki itu milik Allah.

pernah terbaca satu blog, bagi tau pasal jahit tudung dan jual. katanya kita kena berani. Jual lah tudung tu secara online,, kalau tak laku jual ofline, kalau tak laku juga pakai ja sendiri... hehehhe betul lah tu kan.

Tetapi yang saya harapkan ialah sokongan dari semua pihak. Yang paling penting ialah Komitmen saya. sebagai seorang yang baru ingin bermula dalam dunia memasarkan tudung keluara sendiri saya mengharapkan agar saya dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Memuaskan hati semua orang bukan senang. Tetapi yang penting kena berikan kepercayaan kepada mereka.

okey.... jom...jom... Beli Tudung Anggun Muslimah Design.....


No comments:

Post a Comment